20190910

Kindness;

“If you can’t find kind people, be one.”

Pernah terfikir tak, dalam dunia ni kita dah diajar untuk bezakan mana yang baik mana yang buruk? Bahawa baik itu begini, dan buruk itu begitu. Walhal sebenarnya kebaikan itu sesuatu yang abstrak. Dosa pahala pun bukan kita yang tentukan. Tak dapat diukur dengan mata kasar. Tak dapat dikira dengan kalkulator.

Orang yang tak solat, tak baik. Orang yang solat, baik. Padahal yang solat tak semestinya baik, tapi yang baik mesti solat. Adakah ‘baik’ itu cuma tanda kehambaan kepada-Nya? Atau baik itu hanya untuk menempah tiket ke syurga? Cuma itu?

I’m not being radical. Akal yang limited tak mampu untuk berfikir bahwa ada lagi beribu bima sakti yang lain selain bima sakti yang kita sedang alami, apatah lagi untuk berfikir benda yang abstrak. Tapi, semuanya kembali kepada nawaitu. Niat kita untuk tak menyusahkan orang, niat kita untuk sentiasa bersyukur, niat kita untuk tidak mengambil mudah kuasa Tuhan yang Maha Agung, niat kita untuk sentiasa istiqamah dan sedar, semua, walaupun setitik air embun yang terjadi pasti, mesti, ada hikmahnya. Semua bersebab.

Masya Allah. Imutnya kita. Imutnya hati kita.

Hari-hari selalu rasa ada masalah (memang banyak masalah pun) tapi semuanya in the end, it comes back to ourselves. Diri kita sendiri. Punya lah sayu, siap download Apps astrology. Kononnnya hint hint bintang dapat bagi kita notification hari-hari mengingatkan, memberitahu hidup kita itu ini.

“Your day at a glance” kononnya. 

Those that help you along your path are the key

              
                                                              You experience betrayal each time you are not seen or appreciated for who you are






                  Beware of people who are addicted to the rush of relationship beginnings


                      You are not your feelings

Consider the possibility of an honest mess


  
                      Have faith in your own destiny



Some of the reminder from the Apps and its only been three days but I’m confused. How do I do this? How should I get through this? I don’t understand. What does it means? Is it a hint? A warning? Still, can't understand.