20190719

Kekasih Bayangan;

Dia tak pernah ingat nama team futsal yang aku main setiap kali game, tapi dia perasan perubahan rambutku selepas wash and blow. Dia juga perasan sama ada pipi ini tercalit blusher atau lipstik di bibir. Dia juga akan tahu hari apa liga setiap minggu.
Aku bukan spotlight dalam social medianya, tapi aku adalah highlight bila dikenalkan dengan kawan-kawan baiknya bila dia bungkuskan roti bakar takut aku lapar tengah kerja.
"Tengah buat apa?" "Katmana?" 'Dengan siapa?"  "Whats for lunch?" persoalan yang tak pernah ditanya, sebaliknya "How was your day?" "How you feeling today?" "Did you know theres a korean actress got jailed for 5 years in Thailand because filming catching a threatened giant shell?" 
Dia selalu ada jawapan untuk setiap persoalan, bila salah tetap salah. Tapi bila betul, he acknowledged by complimenting how smart I am, how true I am.
Dia juga yang bila tengah main bola akan berhenti sekejap bila nampak aku kat tepi untuk cakap "Hi Nisa" lalu tersenyum sambung crossing bahaya.
Dia wajib Facetime bila tengah drive, thats how excited he is to tell me about his day. Sharing his deepest thought about everything. At the same time, ajak ngopi so we can discuss more tentang dunia yang serba tak adil. He always make time even in the middle of something. 
Dia tak akan wish those typical wishes every morning or night. Tapi dia akan pastikan aku akan sampai rumah sebelum dia tidur. 
Dia jarang nak kisah aku nak makan apa. Tapi dia akan bawa ke restoran bawah pokok yang aku pasti suka untuk rasa sesuatu yang baru. Yang tak pernah aku rasa. 

Out of all, he is not you. I need to prove myself as the clever Nisa but with you, I can literally be myself. The stupid me. The annoying me. The grumpy me. Aku boleh cerita yang muscle aku sakit sebab tak warm up salah shooting. Aku boleh cerita yang kuku aku panjang tapi nampak cantik. Aku boleh cerita yang aku score goal macam Neymar lepas dribble tiga orang yang terjadi cuma setahun sekali dalam hidup. Aku boleh cerita yang aku tak kemas bilik lagi macam tongkang pecah. Aku boleh dengar setiap kali sebelum tidur akan ada yang paksa aku basuh muka dan tak lupa pakai mosturizer sebab aku hari-hari complaint muka banyak biji-biji. I can talk all those random things with you. Sebodoh-bodoh cerita sampai lah ke seserius masa depan kita. 

Kalau ada yang tanya, 

"Nisa, what kind of guy you want?"

Honestly, I don't even know anymore. I just want to be someone that I can grow with. To be better version of ourselves. Seseorang yang yakin dengan diri sendiri yang dia yakin dengan aku regardless in my worst ever version. He sure he wants me. He knows he want me.

But deep down, I always look the version of you in someone else. I always hope they are as sweet as you. As kind as you. Dalam diam juga aku harap takkan ada gadis lain yang dapat ambil hati yang murni itu. Dalam senyap aku harap aku masih lagi layak untuk menerima seseorang sebaik kau. Mungkin bukan sekarang. Mungkin selepas kita sama-sama figured out hala tuju masing-masing yang belum lagi lurus. Mungkin nanti. Aku yakin dengan masa. Aku yakin dengan diri kita yang masih setia. Masih setia menunggu masa yang akan tiba. Nanti.

Tapi Nisa, kau kena ingat. Dunia kan tak seindah syurga?