20160704

Kelap-Kelip;

Matanya berbinar-binar nampak Ferris Wheel warna-warni meriah tepi highway. Matanya penat, aku tahu. Tapi itu lah dia, si gadis yang berkobar-kobar semangatnya. Lagi-lagi bila nampak funfair, macam anak kecil yang meraung kalau tak diberhentikan di taman permainan. Aku rasa kahwin pun dia nak buat dekat funfair.

"Weh rilek laaa, funfair je pun." aku mendengus gurau. 
Masih tak faham apa yang buat dia bahagia sangat dengan funfair.

Mukanya terlampau manis bila dia ekspresi kan rasa gembira itu selepas aku belikan kupon. Ah sial. Seandainya dia tahu aku gayat. Tak sanggup aku nak naik benda-benda yang tak confirm selamat. Tapi lagi tak sanggup aku tengok muka bahagia itu kecewa. Cukuplah selama ni aku kecewakan dia walaupun dia tak pernah merungut. Sedikit pun tak pernah.

"I happy gila! I suka gila pergi funfair! Thank you sangat sangat bawak I pergi tempat yang buat I happy gila nak mati nak mampus!!"

Kata-kata yang dah lebih dua puluh tujuh kali aku dengar sepanjang ada di situ. Walaupun aku gayat, aku beranikan diri untuk merakam semua. Merakam muka bahagianya, jeritan suara gembiranya. Ah manis sial. Roller coaster terlampau laju untuk berhentikan detik-detik ni.

Kami berjalan, setelah puas cuba semua. Dari roller coaster, rumah hantu sampai ke cawan berpusing. Kehendaknya semua aku turuti, walaupun hampir separuh mati.

Senyuman di bibirnya masih lagi terukir. Dia tak minta dibelikan pandora. Dia tak minta dibawa makan atas KLCC tingkat 27 bercandle light dinner. Dia tak harap diberi cincin lima juta karat. Cuma bawa dia ke funfair-- saat itu lah dia gadis paling cantik dalam dunia. Bahagianya buat dia sangat cantik. Terlampau cantik.

"Bawak lah aku pergi pasar tani sekali pun main baling ikan, asalkan dengan kau, sumpah aku happy." katanya memegang lenganku.

Apa yang aku buat sampai sebertuah ini, ya Tuhan?