20191109

Jarang-jarang;

Selalunya pasal orang lain. Selalunya tambah sedikit perasa untuk orang lain. Selalunya.. Tapi kalini, macam biasa, hidup Nisa dikejutkan dengan kejutan yang tak pernah dibayang dek akal. Nampak kecik tapi mat saleh kata the littlest thing matters.


29/8/2019
RM3

Rutin sial lapan lima yang penat demi memperbaiki kehidupan yang biasa biasa, 
Tak terlalu senang dan tak juga terlalu susah.
Dalam kamar gelap sambil menelaah kotak pintar yang tersimpan seribu satu rahsia manusia yang didalamnya ada satu aplikasi yang terpampangnya senyum, gelak dan kadang ekpresi diri untuk dipersembahkan. 
Aku juga sama, buang sisa masa di medan pertunjukan itu sambil menunggu masa mati sekejap untuk satu lagi hari yang mungkin biasa atau mungkin lagi berat dari hari ini.
Tetapi malam itu ada satu figura buat aku tertarik, semestinya berlainan jantina pasal aku masih berpegang dengan sifat alam.
Pastinya di zaman ini semuanya bermula dari skrin bercahaya dan hujung jari, entah kadang telus atau kadang tidak. 
Tapi aku telus, ingin tahu lebih soal gadis ini, siapa dia, hidupnya, yang nak dibandingkan dengan aku, kastanya juga jauh lebih tinggi secara zahirnya.
Aku bercakap mengenai zahirnya kehidupan, cara dia menikmati kehidupan dan cara aku membawa hidup.
Tidak mungkin dia perasan tentang kewujudan aku, ahh tapi aku tak kisah kerana itu bukan niat aku pada asalnya. Cukup aku tahu siapa gadis yang menarik ini.
Aku menatap satu satu foto foto moment indah gadis ini. Penuh dengan senyuman yang diserikan dengan pagar besi sekitar gigi. Comel.
Lumrah manusia yang mempunyai rasa ingin tahu, stalking kata orang urban.
Dia mungkin biasa biasa untuk orang lain, bukan kanchik muka putih bibir merah tudung litup, tapi untuk aku ada satu medan magnet yang menarik aku untuk ingin mengenal dia dengan lebih dalam, lebih rapat, lebih dari apa yang terpampang di media sosial nya yang hanya mempamerkan sisi positif, personaliti mungkin buat aku lebih tertarik. Lain dari semua kaum hawa yang aku pernah berkawan, yang sekata sifat tomboy dan feminin. Aku belum pernah ada kawan perempuan yang betul power sepak bola. 
Dalam banyak banyak aku telah khatam, aku tertarik dengan satu klip video yang aku ulang lebih lima kali yang mana dia nak makan mcd dengan modal RM3. 
“Tu je boleh ?”

Aduh, Comel gila ciptaan Dia yang satu ni.



Aku masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya dalam rancangan Tuhan. Atas segala sebab yang semua terjadi, aku makin merasa hilang. Hanyut ditelan anasir-anasir bajingan yang tak ada penghujungnya. Kosong.

Tapi yang pasti, mesti aku ada buat sesuatu yang murni untuk dipertemukan oleh orang-orang yang telus. Termasuk Najmi. Dia tak selalu ada, tapi dia ada. Kalau dia suatu anugerah sementara yang Tuhan pinjamkan, aku harap pinjaman yang ada ini ada sebabnya dalam perancangan Tuhan yang sampai sekarang aku tak dapat ikut tempo perjalanan hidup sendiri. 

Masih lagi menjadi manusia bodoh. 

Apapun, cuma nak ketengahkan yang manusia bodoh ini juga masih menerima puisi indah. Beruntungnya seorang manusia bodoh ni. Nikmat mana lagi yang engkau nak dustakan?